Monday 1 October 2012

Air Percuma: Tuntutan rakyat Selangor semakin memuncak


Tuntutan rakyat negeri Selangor kepada kerajaan negeri yang sehingga kini masih gagal melaksanakan skim air percuma seperti yangdijanjikan pada manifesto pilihan raya umum lalu kepada penghuni flat dan pangsapuri semakin hari  semakin memuncak.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membukakan mata.

“Mereka langsung tidak  simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya berpendapatan rendah yang menhuni rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu dilaksanakan.

Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan  sebenarnya omong kosong – sekadar ‘gula-gula’ untuk memenangi pilihan raya umum.

Rakyat sebenarnya sudah boleh membuka mata dan boleh menilai sendiri jenis apakah kepimpinan yang diamalkan oleh  pakatan pembangkang di Selangor ini kerana sejak daripada awal lagi kerajaan negeri sudah membuka tembelang mereka,” ujarnya selepas

Tambahnya, sikap membisu Abdul Khalid itu juga menunjukkan kerajaan negeri Selangor hari ini langsung tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami permasalahan rakyat marhaein.

Hari ini satu lagi siri demonstrasi secara aman dilakukan oleh penghuni Apartment Putra Perdana, Puchong yang menuntut agar mereka juga diberi hak untuk menikmati air percuma  20 meter padu setiap bulan atau kerajaan negeri membayar rebat bermula pada 2008.
Terdapat  11 apartment iaitu Siantan, Rista Villa, Kekwa, Kenanga, Teratai, Dahlia, Anggerik, Semarak, Kiambang, Ruvena dan Rozana yang mengandungi lebih 5,000 unit rumah yang telah dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun selepas menang di Selangor, pakatan pembangkang hanya melaksanakan skim tersebut dalam ‘keadaan tidak sepenuh hati’ itupun  selepas mendapat desakan pelbagai pihak yang menuntut janji tersebut dilaksanakan.

Namun begitu, pelaksanaanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana hanya pengguna yang menggunakan meter individu sahaja menerima skim sir percuma itu, manakala pengguna meter pukal dinafikan hak itu.

Pelaksanaan skim air percuma ini sahaja kerajaan negeri sekarang tidak adil walau parti mereka bernama Parti Keadilan Rakyat kerana kediaman berharga RM3 juta memperoleh keistimewaan itu tetapi kediaman flat dan apartmen terpaksa membayar 20 meter padu air.

“Sebelum ini, tiga demonstrasi secara aman menuntut air percuma telah dibuat oleh penduduk Apartment Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender dan Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras.

Justeru saya mendesak agar Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat oleh penduduk Apartment Putra Perdana ini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” ujarnya lagi.

Terkini, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri telah mengadakan bantahan secara aman bertempat di Rista Villa, semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan meter pukal.

Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan dapat merealisasikan  manifesto PRU12.

 “Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor, dan bukan sekadar janji air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu, kalau janji tidak di kota kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,”katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa,semalam.

Peguam yang mewakili penduduk, Tetuan Kamarudin dan Partners melalui  peguam Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman telah difailkan terhadap ketiga-tiga defenden  tersebut iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau turut menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan mereka untuk memenangi kes tersebut dan mendakwa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula.

 “Semua kes telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk di adili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),”katanya.

No comments:

Post a Comment